Hidup Ini 1 Pelarian Bagiku~~

Latest

Insyaallah,

Insyaallah

Advertisements

Warisan~~

Salam sejahtera saya ucapkan..Lama sudah saya tak sentuh laptop dan online kerana saya sedikit sibuk dengan final exam di ukm.So hari ni saya nak cerita sikit pasal warisan turun-temurun..kalau dengar dari tajuk macam takde kena mngena dgn cite saya ni,,tapi ni lah yg saya nak kongsi dgn semua org. ok,straight to d point,,family mak saya ni ada buat satu perniagaan iaitu satay, saya pasti semua org mesti pernah makan sate kan.selalu nya satay ni dimakan pada ssuatu majlis contohnya majlis hari raya,hari ulang tahun dan sebagainya mengikut kesesuaian masa. yela kan,takkan la nak makan satay pada waktu lunch. macam tak berapa sesuai kan. hahaha…satay keluarga mak saya ni telah diperkenalkan dan diusahakan oleh arwah datuk saya, Hj. Abu bin Hj. Ali. Beliau telah mengusahakan satay selama hampir 40tahun.. lama kan?? banyak yang telah d’upgradekan selama perniagaan satay ini dijalankan. Apabila datuk saya telah meninggal dunia,mak saya,Halidah binti Abu dan abang nya,Khalid bin Abu telah menyambung perniagaan satay, nie la yg saya katakan sebagai warisan turun-temurun sebab perniagaan ini tidak termati dan terhenti begitu saja..tapi mak saya ni niaga kecil-kecilan jela tapi dia sentiasa mengambil tempahan..mak saya terima tempahan lebih-lebih lagi mase hari raya. memang banyak sangat tempahan kalau time raya sampai mak tak cukup tangan. yela,ingat senang ke nak buat satay ni,,hahaha..ambil masa jugak sebab nak kena buat adunan untuk satay dan cucuk satay lagi. lepas tu nak kena buat kuah kacang nya lagi.lepas tu baru boleh bakar..dan ni la hasilnya..

hah,inilah hasilnya…..amacam? nampak sedap kan? Memang sedap pun…marvellous giler,,sehingga menjilat jari..tak caya?? apa lagi rasa la,..

hah,yg ni satay nye..satay ayam dan satay daging lembu..

yg kat atas ni gambar kuah kacang yang original dihasilkan oleh mak saya..resepi warisan tuh,,

satay dimakan bersama dengan timun,bawang dan tambahan bersama ketupat mengikut kehendak individu..

menarik kan….

INILAH DIA SATAY WARISAN TURUN-TEMURUN

P/S: KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TINGGAL DI AREA KULAI BOLEHLAH SINGGAH KE GERAI MAK SAYA DI FELDA SUNGAI SAYONG,KULAI,JOHOR..
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN MAK SAYA PN. HALIDAH BT ABU( 0137127603)

Refleksi Minggu ke-13 ( last meeting)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua yang melihat,menilai atau membaca blog saya ni,..minggu ini merupakan minggu terakhir saya dan rakan-rakan menghadiri kelas Komputer dalam Pendidikan..pada minggu ke 13 ni,,Dr.Rosseni telah mengajarkan cara -cara menggunakan SPSS (Statistical Packages for the Social Scienses)..kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan,setiap kumpulan diberikan beberapa helai kertas yang mengandungi jawapan kepada soalan mengenai PENILAIAN MS ACCESS yang telah kami jawab..kami telah diminta untuk mengisi data-data,membuat graf dan juga menganalisis keputusan daripada graf yang telah kami buat..tugasan pada minggu ini juga telah dihantar dalam bentuk hardcopy. harap Dr. Rosseni berpuas hati dengan hasil tugasan/ projek yang telah saya dan rakan2 yang lain siapkan.

Refleksi Minggu ke-10,11 & 12

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia,pada minggu ini, Cik Aidah telah mengajarkan kami bagaimana hendak menggunakan Microsoft Office Access.pembelajaran ini telah mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan. Beliau telah mengajar kami bagaimana cara/step membuat jadual kelas dan bagaimana membuatkan ‘link’ untuk jadual tersebut dengan jadual yang lain.

Saya telah mendapat banyak kebaikan yang berguna apabila saya menjadi seorang pendidik kelak serta ianya 1 perkara baru yang saya pelajari. banyak masalah yang saya hadapi dalam menggunakan perisian ini. namun, Cik Aidah selaku pengajar telah memberikan komitmen nya dalam melayan segala masalah dan kerenah pelajar2 di dalam makmal. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Aidah serta rakan-rakan yang membantu saya dalam menggunakan perisian tersebut dengan baik. untuk pengetahuan semua,tugasan ini saya buat dan dihantar dalam bentuk cd.

Project 4- Powerpoint Presentation

Salam..link kat bawah ni merupakan hasil tugasan power point yang telah saya siapkan pada minggu yang ke-6…Saya telah memilih tajuk Cells As The Basic Unit Of Life untuk power point ini…Saya telah membuat yang terbaik dalam powerpoint ini,,,Diharap semua yang melihat post ini dapat memberikan komen yang membangun untuk saya memperbaikinya pada masa yang akan datang,,terima kasih
Cells as a basic unit of life

Project 3- brochure

Salam sejahtera semua,,,seperti yang semua sedia maklum,pada minggu ke-5, kami telah diminta oleh Cik Aidah untuk membuat brosur dan inilah hasil daripada kekreatifan saya dan rakan sekumpulan..diharap pihak yang terlibat berpuas hati dengan hasil tugasan ini,,,^_^

ASSIGMENT WEEK 4

i) Author’s name: Muhammad Aiyub

ii) Date of published: 2009

iii) Article’s topic: Sistem Operasi Komputer

iv) Title of the book: Sejarah & Perkembangan Sistem Operasi Komputer

v) Place of published: Aceh

vi) Publisher’s name: Muhammad Aiyub

Refleksi Minggu Ke-10

Salam Satu Malaysia…Minggu ini, saya dan rakan-rakan sekelas telah diajarkan tentang cara membuat database yang dikendalikan oleh Cik Aidah..kami perlu menggunakan Microsoft Access bagi membuat database ini…database yang saya telah buat ialah database untuk pelajar tingkatan 5..kami semua diminta mengisi nama-nama pelajar dengan nama rakan sekelas bagi kursus ini….ini merupakan kali pertama saya belajar serta menggunakan microsoft Access..Walaupun baru pertama kali mempelajarinya dan nampak sukar,namun bagi saya ini merupakan pembelajaran yang menarik yang juga perlu saya ketahui dan mengaplikasikannya apabila menjadi seorang pendidik kelak..tempoh bagi tugasan ini ialah selama 2minggu dan harus disambung pada minggu berikutnya,,

Refleksi Minggu Ke-8

Assalamualaikum w.b.t…pada minggu ini,kami telah diajarkan oleh Dr.Rosseni untuk menambahbaikkan wordpress yang telah kami create pada minggu pertama..Banyak teknik serta aplikasi yang diajarkan kepada kami untuk membuat wordpress kami lebih menarik lagi….Tugasan ini sangat penting bagi kami yang juga merupakan sebagai penialaian yang akan dilaksanakan oleh Dr.Rosseni. Ia juga merupakan markah penting bagi peperiksaan semester 1 bagi kursus komputer dalam penddikan ini…saya telah mempelajari cara untuk membuat post,menambah link dan sebagainya,,…daripada saya tidak tahu langsung tentang wordpress,,kini saya telah tahu bagaimana untuk memvariasikan serta mempelbagaikan cara penyampaian wordpress saya kepada semua orang,,Diharap semua pihak berpuas hati dengan blog saya yang ini.,IsyaAllah,,,