Hidup Ini 1 Pelarian Bagiku~~

Warisan~~

Salam sejahtera saya ucapkan..Lama sudah saya tak sentuh laptop dan online kerana saya sedikit sibuk dengan final exam di ukm.So hari ni saya nak cerita sikit pasal warisan turun-temurun..kalau dengar dari tajuk macam takde kena mngena dgn cite saya ni,,tapi ni lah yg saya nak kongsi dgn semua org. ok,straight to d point,,family mak saya ni ada buat satu perniagaan iaitu satay, saya pasti semua org mesti pernah makan sate kan.selalu nya satay ni dimakan pada ssuatu majlis contohnya majlis hari raya,hari ulang tahun dan sebagainya mengikut kesesuaian masa. yela kan,takkan la nak makan satay pada waktu lunch. macam tak berapa sesuai kan. hahaha…satay keluarga mak saya ni telah diperkenalkan dan diusahakan oleh arwah datuk saya, Hj. Abu bin Hj. Ali. Beliau telah mengusahakan satay selama hampir 40tahun.. lama kan?? banyak yang telah d’upgradekan selama perniagaan satay ini dijalankan. Apabila datuk saya telah meninggal dunia,mak saya,Halidah binti Abu dan abang nya,Khalid bin Abu telah menyambung perniagaan satay, nie la yg saya katakan sebagai warisan turun-temurun sebab perniagaan ini tidak termati dan terhenti begitu saja..tapi mak saya ni niaga kecil-kecilan jela tapi dia sentiasa mengambil tempahan..mak saya terima tempahan lebih-lebih lagi mase hari raya. memang banyak sangat tempahan kalau time raya sampai mak tak cukup tangan. yela,ingat senang ke nak buat satay ni,,hahaha..ambil masa jugak sebab nak kena buat adunan untuk satay dan cucuk satay lagi. lepas tu nak kena buat kuah kacang nya lagi.lepas tu baru boleh bakar..dan ni la hasilnya..

hah,inilah hasilnya…..amacam? nampak sedap kan? Memang sedap pun…marvellous giler,,sehingga menjilat jari..tak caya?? apa lagi rasa la,..

hah,yg ni satay nye..satay ayam dan satay daging lembu..

yg kat atas ni gambar kuah kacang yang original dihasilkan oleh mak saya..resepi warisan tuh,,

satay dimakan bersama dengan timun,bawang dan tambahan bersama ketupat mengikut kehendak individu..

menarik kan….

INILAH DIA SATAY WARISAN TURUN-TEMURUN

P/S: KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TINGGAL DI AREA KULAI BOLEHLAH SINGGAH KE GERAI MAK SAYA DI FELDA SUNGAI SAYONG,KULAI,JOHOR..
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN MAK SAYA PN. HALIDAH BT ABU( 0137127603)

2 responses

  1. sedap gile weyh.!! bwk alek ukm.!

    November 6, 2010 at 7:50 am

  2. ye,,khas utk ko aku bwk,,,jgn berebut ye nnti,,,tak cukup,,nnti aku bwak ko g umh aku,,bole bljr buat satay skali,,k3

    November 6, 2010 at 8:13 am

Leave a comment